Wednesday, February 15, 2012

It's 15 Feb 2012, so?

Salam,
Hah?! Blog saya dah bersarang? Oklah, hari ini saya mengambil inisiatif untuk update sesuatu.

Bukan tak ada cerita. Watani*ah sebulan kat PU*SAS*DA pun saya tak ada idea nak tulis apa. Teruk macam tenuk perangai. *tak pasal2 tenuk dapat nama

Ok, sebenarnya, si wani e yang urge suruh beta update blog. Oh ye, beliau telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya pada 10 Februari 2012 yang lalu tepat jam 5.46 petang. Selamat Pengantin Baru, sweetie! Semoga bahagia dunia akhirat....

Ok, dah alang2 update, ni saya letakkan beberapa gambar yang saya ada masa sebulan yang lalu.... mode kental dan macho. =)

Ni masa melawat Kem Para di Terendak, Melaka. Welcoming act diorang memang KAGUMGILALAHAKUTENGOKKAU!
I like this pic! =)


Mendapat taklimat di Kem Komando di Sungai Udang. Komando hanya terbuka untuk kaum lelaki sahaja. 
Tapi komando memang macho habis....

Ini adalah treats daripada jurulatih saya sempena birthday saya pada 21 Jan lalu. And ini adalah pengalaman baru yang menarik! Ramai cakap, "sian ko sambut birthday kat sini..." But I responded... beb, this is cool lah... 
And I still got prezzie from Wani E, Atolness, Alia and Rizal. Tq guys. Korang menceriakan birthday saya di kem ini. =)


Saya menghabiskan satu hari birthday saya di sini. Seriusly, memang cool habis! Kami belajar mengoperasikan senjata bernama Makcik Enam Belas. Guna peluru yang tidak mati. Kau ada?!

Ujian Pandu Arah. Managed to finish 6km within 2 hours. Sarjan yang lead kitorang memang rawks habis! But this pic adalah masa bersama kit kat!

Korang rasa K-Pop tak gambar ni? Hahaha
With my Sidang F mates!

Ni masa last day di PUS*ASD*A. 2 macho, 2 ayu.

Okeh, cukup kot. Nak berkemas. Tomorrow nak ke Singapore. Lawatan sambil belajar. 
Still in D*PA. 2 months more to go.
Chaiyok! =)

Ada satu lagu yang sangat melambangkan diri saya sekarang....

Someone to have and hold, With all my heart and soul, I need to know before I fall in love
Someone who stays around, Through all my ups and down, Please tell me now before I fall in love....


Saturday, January 7, 2012

Moving On to 2012

Huiiiiyo!!!

Dah 2012.

Minggu pertama 2012 dipenuhi denga aktiviti CSR. Lokasi adalah di Cheras. Sangat bersyukur. Dekat dengan rumah dan tempatnya berada dalam familiarity saya. Kira orang kata, ko tak perlu bersusah payah nak kenal tempat tu. Tempat tu hari-hari dilalui semasa kerja syarikat swasta dulu.

Next week, bermula episod merentung kulit dan menebalkan telinga dan jiwa di Kem Askar. Modul adalah selama sebulan. Hmmm. Ini adalah klimaks Kursus D*PA ni. Semoga dapat laluinya. Dipermudahkan segala urusan dengan jayanya. Amin.

Doakan diri ini menghabiskan Kursus DP**A ini dengan jayanya. Semoga enam bulan yang berbaki 3 bulan plus minus ni memberi impak dan kejayaan in my career path. InsyaAllah.

*Saya tengah konpius dengan diri saya sendiri. Saya rasa saya agak boring dengan dia, sebab dia sangatlah rutin. Balik2 tanya dah makan? Tgh buat ape? Eh, ko dah xde soalan lain ke? Macam mana nak berkembang frenship ini? BORING..... ;p Sah aku konpius...

Saturday, December 31, 2011

It's Ending....

Salam.

Ada plus minus 45 minutes lagi nak ke 2012. 
Apapun, 2011 memang best! Yang paling klimaks adalah D*PA.
Hope 2012 lebih menarik dan mendamaikan.

"Ya Allah, terima kasih atas semua kebaikan yang telah Engkau curahkan kepadaku, keluargaku, rakan2ku dan semua umat Islam. Semoga kebaikan dan rahmat berterusan selamanya hingga ke akhir hayat kami..."

HAPPY NEW YEAR TWO O TWELVE! =)


Monday, December 26, 2011

Seperti dijanjikan...

Ok, nah gambo2 seperti yang dijanjikan...

Tiada time flow. just letak ikut sedap sahaja.

Nokia 500. Specs? En. Google bisa menerangkannnya.

Ini adalah rekacipta sempena karnival. En. Helikopter yang melayakkan Sidang F juara. Eceh.... The only sidang yang tak buat bangunan. Cool kan? =)

Cupcake yang diterima semasa BESTARI 2011. Thanks guys! =)

Sekian, terima kasih.

*saya dah terformat memory card camera saya yang ada gambar2 menarik utk diupload. maka.... sedey... *tula.... ;p


Sunday, December 25, 2011

Weh, dah lama tak update...

Salam viewers!

Fuih, seriusly dah lama tak update blog ni. Macam-macam berlaku. Maklumlah, hidup berkursus... macam-macam berlaku la....

Ok, here are the things.

1. Saya telah membeli handphone baru. Kenapa? Hp N*okia 5220 saya telah membuat hal dengan cuba menghilangkan coverage yang sepatutnya saya dapat kerana Celcom adalah Taiko di mana-mana. Hp baru saya, Noki*a 500. Kawan2 saya tanya kenapa tak beli BB or iPhone? Ketika dan waktu itu, saya memang mati2 mencari hp yang hanya berkoskan bawah RM700. Mereka berdua adalah berkos lebih daripada RM1K. =)

2. Sidang F telah berjaya melaksanakan Malam Protokol, Layar Lara Salina. It was damn crazy. Menjadi orang teknikal sekali lagi dicabar oleh rakan-rakan kami yang bagi kami segalanya LAST MINUTE e.g: lagu, pergerakan lighting, que lagu, yang mana kesemuanya sangat crucial masa berlakunya semua itu. *sungguh korang tak berhati perut. kesian orang lighting dapat kritikan.
Anyway, it was a great show. And saya personally dapat congrats daripada PPK atas kejayaan kami menghidupkan suasana dengan instrumental mendayu dan sayu. Nasib baik ada satu BIG pujian untuk team teknikal.

3.  Saya dapat 4 cupcakes sempena BES*TARI 2011. Big TQ to Wani E. ko memang suweeeet and rox!

4. Berjaya mengharungi Modul Polis dan Bomba dengan jayanya. Dalam Modul Polis, saya jadi MC masa Majlis Penutup. Pergh, dah lama tak jadi MC. Pasangan MC adalah Wifi (nama ni Tn Ooi yang suka-suka bagi so melekat terus kot). And I am satisfied. =)

5. Karnival D*PA. My team : Tan, Kuchai and Bung, we manage to get first for Photohunt Explorace. And Sidang F menggegarkan dewan MATI*C and won the Hakka Dance. Termasuk juga, rekacipta, kami menang first place juga. Sangat rasa blessed. =)

Hah, banyakkan? Nak upload gambar lepas ni dalam entry lain.

C u later.